PM harap kementerian, agensi bertindak segera pastikan kelancaran projek di Pulau Pinang

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Datuk Cheok Lay Leng (kiri) menerangkan pembangunan Bukit Bendera pada Anwar semasa hadir Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang di PDC pada Selasa. Foto Bernama
Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Datuk Cheok Lay Leng (kiri) menerangkan pembangunan Bukit Bendera pada Anwar semasa hadir Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang di PDC pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar setiap kementerian dan agensi memberi perhatian khusus dan bertindak segera dalam memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Pulau Pinang secara berkesan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, inisiatif pembangunan itu penting bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya penduduk miskin bandar dan penduduk luar bandar yang bakal menikmati manfaat jangka panjang.

"Tiba di Pulau Pinang untuk beberapa rencana hari ini termasuk mengadakan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri yang turut disertai Ketua Menteri (Chow Kon Yeow), Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan Persekutuan dan negeri.

"Perbincangan memberi fokus kepada senarai Projek Keutamaan Negeri Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang melibatkan aspek infrastruktur jalan raya, bekalan air, kesihatan, pendidikan, sukan, pelabuhan perikanan dan perbandaran nelayan untuk diteliti selanjutnya.

"Saya turut memberi penekanan kepada usaha membaik pulih serta membina sekolah baharu di Pulau Pinang, selain beberapa lagi projek penting yang akan memberikan kebaikan dan keselesaan buat rakyat terbanyak,” katanya.

Terdahulu Anwar dalam lawatan singkat ke Pulau Pinang pada Selasa, mempengerusikan mesyuarat khas itu di Pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di George Town. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!