Balu pekerja Foodpanda terima faedah Perkeso

Mohammed Azman (dua dari kanan) menyampaikan cek faedah Perkeso kepada Siti Nur Juliana di Seremban semalam.
Mohammed Azman (dua dari kanan) menyampaikan cek faedah Perkeso kepada Siti Nur Juliana di Seremban semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Beban waris seorang penghantar makanan Foodpanda, Allahyarham Muammar Gaddafi Jamalludin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya diringankan menerusi Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Muammar Gaddafi, 25, meninggalkan seorang balu, Siti Nur Juliana Mustafah, 22, dan seorang anak, Nur Shazia Medina Muammar Gaddafi berusia setahun 5 bulan selepas maut dalam nahas jalan raya pada 21 Februari 2020 di Batu 11 Jalan Labu di sini.

Siti Nur Juliana menerima cek yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed yang berkunjung ke rumahnya di sini semalam.

Mohammed Azman berkata, kedua-dua waris juga menerima pencen penakat setiap bulan yang layak di bawah Skim Keilatan Perkeso.

“Selepas mendapat maklumat mengenai kemalangan maut melibatkan Muammar Gaddafi menerusi media, Skuad Perkeso Prihatin Seremban telah mengambil tindakan segera dengan membuat semakan mengenai mangsa.

“Hasil semakan mendapati waris layak mendapat faedah Perkeso berdasarkan caruman yang dibuat oleh Muammar Gaddafi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 iaitu sebelum beliau bekerja sendiri sebagai penghantar makanan Foodpanda,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Artikel Berkaitan: