Polis buru lelaki bertelekung curi beg tangan jemaah wanita

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan suspek memakai telekung sebelum mencuri beg tangan seorang jemaah.
Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan suspek memakai telekung sebelum mencuri beg tangan seorang jemaah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memakai telekung dan mengambil kesempatan mencuri beg tangan jemaah di ruang solat wanita di sebuah masjid, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pesara kerajaan berusia 70 tahun mengenai kejadian itu pada jam 8.02 pagi.

"Kejadian berlaku pada jam 4.15 pagi ketika pengadu sedang solat di masjid berkenaan. Mangsa mengalami kerugian RM25 selain kehilangan dokumen peribadi, termasuk kad pengenalan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujar beliau, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan usaha mengesan suspek giat dijalankan, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Polis sedang mengesan suspek disyaki mencuri beg seorang wanita di sebuah masjid, di sini, pada Khamis.
Polis sedang mengesan suspek disyaki mencuri beg seorang wanita di sebuah masjid, di sini, pada Khamis.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan," katanya.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan suspek masuk ke dalam masjid dengan berpakaian biasa sebelum menyelinap ke ruang solat wanita dan memakai telekung yang disediakan di situ.

Dalam rakaman tular itu, suspek dilihat berpura-pura seperti jemaah lain yang ingin menunaikan solat.

Artikel Berkaitan:

Namun, selepas melihat keadaan agak lengang, dia mengambil kesempatan mencuri beg milik salah seorang jemaah wanita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!