Aspirasi Pengasas “Eat Well, Live Well.”

No Image Caption
A
A
A

KUMPULAN Ajinomoto berterusan menangani isu-isu global dengan merentasi rantaian nilai serta sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu-isu tersebut melalui portfolio perniagaan yang luas berfokuskan kepada makanan dan Aminoscience.

Kejayaan tersebut terletak pada usaha untuk mewujudkan nilai bersama dalam kalangan komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas.

Kumpulan ini menamakan falsafah yang menjadi nadi perniagaannya sebagai Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV).

Domain perniagaan pula berpandu kepada aspirasi pengasas Ajinomoto iaitu “Eat Well, Live Well” yang telah berkembang pesat di seluruh dunia.

Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah memulakan operasi perniagaannya pada tahun 1961 sebagai pengeluar Perencah Umami AJI-NO-MOTO®. Sejak itu, Ajinomoto berkembang menjadi pengeluar pemasaran makanan dinamik dan bahan perasa pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak beberapa dekad. Perencah Umami AJI-NO-MOTO® ini telah menjadi bahan perasa wajib bagi hampir setiap isi rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

www.ajinomoto.com.my

Artikel Berkaitan: