'Ini fitnah, saya tidak pernah luluskan kewarganegaraan pendatang China'

Tangkap layar kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Tangkap layar kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menolak sekeras-kerasnya dakwaan berhubung dirinya meluluskan kewarganegaraan pendatang dari China yang tersebar di media sosial.

Beliau menegaskan bahawa kenyataan tersebut merupakan satu fitnah yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mampu menggugat keselamatan dan keamanan rakyat dalam negara.

“Kelulusan kewarganegaraan adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub sekian lama.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

“Kenyataan ini adalah fitnah. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang telah dinyatakan dalam gambar fitnah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, tular gambar yang memaparkan Saifuddin membuat kenyataan meluluskan kewarganegaraan pendatang dari China dan tidak membenarkan pertikaian berhubung perkara itu.

Justeru, beliau menggesa rakyat mendapatkan maklumat daripada sumber yang betul dan tepat selain mengesahkannya sebelum ia dikongsi.

“Saya ingatkan juga bahawa tularnya fitnah dan berita palsu ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Artikel Berkaitan:

“Sepanjang tahun lepas, saya telah memberikan penjelasan tentang isu kewarganegaraan namun masih ada lagi pihak yang membuat fitnah dengan permainan sentimen berbaur agama, kaum, dan institusi diraja (3R),” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!