Lelaki warga Indonesia maut dilanggar lori

KULAI – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bunga Dahlia, Senai, kira-kira jam 5.05 pagi pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa berusia 58 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan dilanggar sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun.
“Kesan daripada perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal mengalami parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

