Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

KDEBWM, 1200 pelajar UIAM berbuka puasa ala Madinah

13 Mac 2025 | VIDEO
A
A
A
Seramai 1,200 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merasai pengalaman berbuka puasa ala Madinah anjuran KDEB Waste Management (KDEBWM) di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah baru-baru ini. Bukan sekadar berbuka puasa, pelajar dan kakitangan universiti turut didedahkan dengan kempen kesedaran kebersihan berkaitan pengurusan sisa pepejal oleh KDEBWM. Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, kempen itu bertujuan mendidik generasi muda tentang pentingnya menjaga kebersihan dan mengamalkan kitar semula. #sinarharian #KDEBWM #UIAM #kitarsemula #sisapepejal