Budak 4 tahun hubungi 911, ‘lapor’ ibu curi aiskrim

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, menghubungi 911 selepas mendapati ibunya memakan aiskrim miliknya. Foto sumber CNN
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, menghubungi 911 selepas mendapati ibunya memakan aiskrim miliknya. Foto sumber CNN
A
A
A

WISCONSIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), menghubungi talian kecemasan 911 selepas mendapati ibunya memakan aiskrim miliknya.

Menurut CNN, kejadian yang berlaku pada 4 Mac lalu, mendapati kanak-kanak tersebut menghubungi dan memberitahu operator bahawa ibunya berkelakuan 'nakal' serta perlu 'dibawa pergi'.

“Datang dan ambil ibu saya,” kata kanak-kanak itu apabila ditanya oleh operator mengenai apa yang berlaku.

Sebelum dia sempat menjelaskan lebih lanjut, ibunya segera mengambil telefon tersebut dan memaklumkan operator bahawa anaknya berusia empat tahun itu yang membuat panggilan.

Pegawai polis mengejutkan kanak-kanak itu dengan dua skop aiskrim yang dihiasi taburan berwarna biru. Foto sumber CNN
Pegawai polis mengejutkan kanak-kanak itu dengan dua skop aiskrim yang dihiasi taburan berwarna biru. Foto sumber CNN

Beberapa saat kemudian, si ibu mengaku bahawa dia telah memakan aiskrim anaknya sehingga menyebabkan anaknya menghubungi 911.

Dalam pada itu, kedengaran kanak-kanak lelaki tersebut di latar belakang dan masih kecewa serta bertengkar dengan ibunya.

Pihak polis kemudian mengunjungi rumah keluarga tersebut untuk memastikan tiada isu serius yang tersembunyi di sebalik 'kecurian' aiskrim.

Setibanya pegawai polis, kanak-kanak tersebut menegaskan bahawa ibunya telah memakan aiskrim dan berpendapat ibunya patut dipenjarakan.

Artikel Berkaitan:

Namun, selepas berbincang dengan pegawai polis, dia memutuskan untuk tidak meneruskan 'tuduhan' tersebut dan menyatakan bahawa dia tidak mahu ibunya dipenjarakan sebaliknya hanya mahukan aiskrim.

Media tersebut juga melaporkan, dua hari kemudian, pegawai polis kembali dan mengejutkan kanak-kanak itu dengan dua skop aiskrim yang dihiasi taburan berwarna biru.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!