BN 'tunggu' dua kerusi bentuk kerajaan di Melaka

Ab Rauf
Ab Rauf
A
A
A

KUALA LUMPUR - BN Melaka menggesa Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari membuktikan dakwaannya bahawa beliau mempunyai sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang cukup untuk mempertahankan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Melaka.

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Adly perlu segera membuktikan dakwaan berkenaan serta menyerahkan Akaun Bersumpah (SD) sebagai tanda sokongan wakil rakyat.

"Sekiranya mereka tidak dapat membuktikan bahawa ada sokongan majoriti, maka kerajaan yang ada masih dalam keadaan tergantung," katanya sebelum Mesyuarat Khas Ketua-Ketua Bahagian UMNO di ibu pejabat UMNO di sini sebentar tadi.

Ab Rauf berkata, BN Melaka juga akan menyerahkan SD wakil rakyatnya kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Melaka dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka berkata, BN akan membentuk kerajaan di Melaka sekiranya mendapat dua lagi kerusi.

"Ketika ini jumlah 13-13. Jika kita dapat dua lagi kerusi bermakna kita boleh bentuk kerajaan.

"Jika mereka serahkan kepada TYT SD, BN juga akan melakukannya dalam tempoh terdekat," katanya.

Ketika ditanya adakah pihak Barisan Nasional telah mengadakan rundingan atau mendapat persetujuan dengan mana-mana ADUN, Ab Rauf menjawab ringkas, "kita tunggu dan lihat".

Artikel Berkaitan: