Lelaki maut van terbabas

Van jenis Hiace yang terbabas di jejambat Lebuhraya PLUS pada petang Rabu.
Van jenis Hiace yang terbabas di jejambat Lebuhraya PLUS pada petang Rabu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang lelaki maut selepas van yang dinaikinya terbabas di jejambat Lebuhraya Utara Selatan Jalan Seri Pengkalan pada petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 47 tahun dipercayai penumpang hadapan van itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Muhammad Nor Fawzal Samsunahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.09 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah digerakkan ke lokasi dengan kekuatan seramai 10 anggota.

"Setiba di lokasi kita mendapati van jenis Hiace terbabas di jejambat Lebuhraya Utara Selatan Jalan Seri Pengkalan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat mangsa lelaki berusia 32 tahun cedera, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Tambahnya, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 6.47 petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!