Kaka Azraff beri jawapan balas lagu Ali Gatie

Kaka Azraff dan Ali Gatie - FOTO: Warner Muzik
Kaka Azraff dan Ali Gatie - FOTO: Warner Muzik
A
A
A

PENYANYI Kaka Azraff tampil dengan lagu Bila Kau Ucapkan Cinta sebagai jawapan langsung Kaka kepada lagu terbaharu Ali Gatie yang berjudul What If I Told You That I Love You.

Menurut Kaka, dia menyukai lagu nyanyian Ali itu dan gembira apabila diberi peluang untuk menjawab lirik lagu asal tersebut menerusi lagu nyanyiannya dan dalam versi bahasa Melayu,

“Saya suka nyanyian Ali itu dan rasa dihargai apabila diberi pelung untuk rakam lagu yang men jawab lirik asal lagu tersebut.

“Saya melagukannya dalam bahasa Melayu dan saya cuba membuat versi saya sendiri. Bagaimanapu, ia masih tidak lari daripada versi asal lagu tersebut. Saya harap Ali akan menyukainya,” ujar penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu lagi.

Menerusi bait lirik asal lagu nyanyian Ali, ‘setelah kau mahukan diri ku, namun kau tak boleh memiliki diri ku’, dijawab Kaka dengan lirik, ‘Bila kau katakan kau cinta, aku langsung tak percaya,’.

Ali Gatie yang popular menerusi lagu Say To You, It’s You dan Moonlight itu

bakal membuat kemunculan sulungnya di Kuala Lumpur pada 4 Mac depan di KL Live, Life Center.

Artikel Berkaitan: