Platform X tergendala, tidak boleh diakses

Platform X dipercayai tergendala dan tidak dapat diakses oleh ramai pengguna termasuk di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Platform X dipercayai tergendala dan tidak dapat diakses oleh ramai pengguna termasuk di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Platform X dipercayai tergendala dan tidak dapat diakses oleh ramai pengguna termasuk di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, media sosial milik Elon Musk tidak dapat diakses oleh pengguna di negara ini sejak petang hingga tengah malam ini.

Terdahulu, laman web yang menjejak laporan pengguna mengenai gangguan dalam talian, Downdetector melaporkan X mula mengalami masalah sekitar jam 5.30 pagi waktu timur AS dengan lebih 20,000 pengguna melaporkan masalah terbabit.

Walaupun masalah berkenaan dilihat selesai setelah kira-kira sejam, gangguan tersebut kembali berlaku sekitar jam 9.30 pagi selepas lebih 40,000 pengguna melaporkan masalah sekali lagi.

Sehingga jam 10.30 pagi, gangguan masih berterusan meskipun ada beberapa pengguna yang mengatakan mereka sudah boleh mengakses laman tersebut semula.

Setakat ini X belum memberikan komen mengenai punca gangguan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!