Sultan Selangor serah sumbangan Aidilfitri kepada 470 asnaf Kuala Selangor

Sultan Selangor menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima semasa Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Raja Lumu di sini pada Isnin.
Sultan Selangor menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima semasa Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Raja Lumu di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM235,000 kepada 470 asnaf di daerah Kuala Selangor pada Isnin.

Baginda menyampaikan sumbangan itu pada Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor.

Seramai 128 penerima terdiri daripada fakir, manakala 220 golongan miskin dan 122 saudara baharu masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM500 seorang.

Masjid Raja Lumu yang terletak di bahagian bawah Bukit Melawati dan sekitar Pekan Lama Kuala Selangor merupakan Masjid Diraja kesembilan di negeri ini.

Masjid itu dinamakan sempena nama Sultan Selangor pertama, Raja Lumu atau pun dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah.

Kuala Selangor adalah daerah kedua untuk program Ihya Ramadan Sultan Selangor bersama rakyat selepas Sabak Bernam pada Rabu lalu.

Sultan Sharafuddin kemudian berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih 20 rakaat bersama rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!