KKM akan benarkan Penolong Pegawai Perubatan beri preskripsi ubat penyakit ringan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia sebahagian daripada usaha KKM bagi mengiktiraf peranan PPP dan dilihat cukup mustahak bagi memberikan perlindungan perundangan kepada mereka.
"Saya lihat perkara ini sangat mustahak, misalnya PPP yang bekerja di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak, mereka (ada yang bekerja) tanpa doktor.
"Pada masa sama, tugas untuk menyelamatkan nyawa dan penduduk luar bandar bergantung kepada mereka (PPP), terutama bagi klinik komuniti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan 2025 di Hospital Tunku Azizah, di sini pada Isnin.
Dzulkefly berkata, pengeluaran preskripsi ini bagaimanapun hanya boleh dibuat PPP yang mempunyai skop tugasan untuk merawat pesakit, melibatkan kategori ubat-ubatan tertentu seperti demam, batuk, kahak dan cirit-birit. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
