Odegaard akui prestasi kurang memuaskan

Odegaard - Foto: Agensi
Odegaard - Foto: Agensi
A
A
A

KAPTEN Arsenal, Martin Odegaard secara terbuka mengakui prestasinya musim ini tidak mencapai tahap yang diharapkan terutamanya dari segi jumlah gol dan bantuan jaringan.

Pemain tengah kreatif itu tidak berselindung dalam menilai musimnya bersama The Gunners yang terjejas akibat kecederaan buku lali selama dua bulan bermula awal September.

Namun, Odegaard kembali mempamerkan aksi cemerlang ketika skuad bimbingan Mikel Arteta itu membelasah PSV Eindhoven 7-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Philips pada Rabu, dengan menjaringkan dua gol dan menyumbang satu bantuan jaringan.

"Saya sudah biasa dengan kritikan dan penilaian prestasi, malah saya sendiri melakukan perkara yang sama

"Saya lebih kritikal terhadap diri sendiri dan saya tahu prestasi saya tidak cukup baik terutamanya di depan gawang. Saya bekerja keras setiap hari untuk memperbaikinya dan tahu saya mempunyai kebolehan serta bakat untuk melakukannya.

"Perlawanan menentang PSV Eindhoven berjalan dengan baik dan saya harap dapat lakukan lebih banyak lagi menjelang akhir musim," kata pemain berusia 26 tahun itu.

Arsenal kini kehilangan empat penyerang utama akibat kecederaan – Bukayo Saka, Kai Havertz, Gabriel Martinelli, dan Gabriel Jesus.

Oleh itu, enam penjaring gol berbeza ketika menentang PSV, termasuk barisan serangan sementara mereka – Ethan Nwaneri, Mikel Merino, dan Leandro Trossard – adalah perkembangan yang positif.

Jurrien Timber dan Riccardo Calafiori, yang masuk sebagai pemain gantian, turut menyumbang gol dari posisi bek sayap.

Artikel Berkaitan:

Odegaard kini mempunyai lima gol dan tujuh bantuan jaringan daripada 29 penampilan dalam semua pertandingan.

Musim lalu, beliau mencatatkan 11 gol dan 11 bantuan jaringan daripada 48 penampilan, manakala pada musim 2022-23, beliau mencatatkan 15 gol dan tujuh bantuan jaringan daripada 45 penampilan.

"Dengan ketiadaan pemain utama, kami yang lain perlu meningkatkan prestasi. Bagus sekali kami dapat berkongsi jaringan dan saya harap kami dapat meneruskan momentum ini," kata Odegaard.

LIGA JUARA-JUARA

PUSINGAN 16

PERLAWANAN KEDUA

RABU (12 MAC)

Barcelona (0) lwn (1) Benfica, 1.45 pagi

Inter Milan (2) lwn (0) Feyenoord Rotterdam, 4 pagi

Liverpool (1) lwn (0) Paris Saint-Germain, 4 pagi

Bayer Leverkusen (0) lwn (3) Bayern Munich, 4 pagi

KHAMIS (13 MAC)

Lille (1) lwn (1) Borussia Dortmund, 1.45 pagi

Aston Villa (3) lwn (1) Clubb Brugge, 4 pagi

Arsenal (7) lwn (1) PSV Eindhoven, pagi

Atletico Madrid (1) lwn (2) Real Madrid, pagi

* Dalam kurungan keputusan perlawanan pertama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!