Abdul Rosid mengaku Imam Mahdi, jeneral empat bintang

Pengikut Abdul Rosid terdiri daripada ahli keluarganya sendiri. - Foto Agensi
Pengikut Abdul Rosid terdiri daripada ahli keluarganya sendiri. - Foto Agensi
A
A
A

GARUT - Seorang lelaki berusia 60 tahun mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan jeneral empat bintang.

Pengakuan kontroversi itu dibuat Abdul Rosid warga Desa Panyindangan, Kecamatan Pakenjeng, Kabupaten Garut, Jawa Barat di Indonesia hingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan masyarakat setempat.

Ia disampaikan menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada 26 Februari lalu.

Kepala Badan Kesatuan Bangsa dan Politik (Bakesbangpol) Garut, Nurrodhin mendakwa Abdul Rosid pernah mengarahkan para pengikutnya supaya solat menghadap ke arah timur, serupa dengan ajaran Sensen Komara, tokoh dari Negara Islam Indonesia (NII) beberapa tahun lalu.

"Setakat ini, pengikutnya adalah ahli keluarganya sendiri. Kami sedang menyiasat jumlah keseluruhan pengikutnya," ujarnya.

Menerusi pertemuan bersama pemerintah desa dan komuniti setempat, Abdul Rosid menyatakan dia tidak pernah memaksa sesiapa untuk menjadi pengikutnya.

"Jika ada masyarakat yang berminat, saya mengalu-alukannya," tambahnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!