Lelaki ditahan bersama mercun bernilai RM260,000

Kotak-kotak berisi pelbagai jenis mercun disyaki tanpa permit yang dirampas hasil serbuan PPM Wilayah 3 ke atas sebuah stor di Kampung Sri Damai pada Khamis lalu. FOTO PPM Wilayah 3
Kotak-kotak berisi pelbagai jenis mercun disyaki tanpa permit yang dirampas hasil serbuan PPM Wilayah 3 ke atas sebuah stor di Kampung Sri Damai pada Khamis lalu. FOTO PPM Wilayah 3
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki ditahan bersama pelbagai jenis mercun disyaki tanpa permit dianggarkan bernilai RM260,000 hasil serbuan ke atas stor sebuah rumah di Kampung Sri Damai di sini pada Khamis lalu.

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Kuantan berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang permit atau lesen yang sah bagi semua mercun yang ditemui.

Menurutnya, serbuan ke atas premis itu dilakukan kira-kira jam 4 petang oleh tujuh anggota termasuk seorang pegawai Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah Tiga.

"Setelah memperkenalkan diri, anggota serbuan membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas stor itu dan telah menemui sejumlah kotak disyaki mengandungi mercun tanpa permit.

"Siasatan awal mendapati bekalan mercun itu dipercayai untuk diedar dan dijual kepada kepada orang ramai sempena Aidilfitri," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, antara jenis mercun dirampas termasuk Happy Boom Thunder Clap, Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater, dan Happy Boom Roman Candle.

"Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah 3 Kuantan untuk proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!