Ahli Parlimen diminta sokong pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat

Cynthia Gabriel. Gambar fail
Cynthia Gabriel. Gambar fail
A
A
A

SHAH ALAM - Semua ahli Parlimen termasuk blok pembangkang perlu memberikan sokongan penuh terhadap pindaan Seksyen 6, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang bakal dibentangkan ke Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Rakan Profesional kepada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR), Cynthia Gabriel berkata, tindakan itu perlu kerana kumpulan itu sudah bekerja keras untuk menambah baik draf pindaan Akta 711 berkenaan.

Menurutnya, pindaan berkenaan juga penting bagi membolehkan pemberi maklumat membuat aduan berkaitan salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan kepada mana-mana agensi penguatkuasaan kerajaan, tanpa sebarang halangan atau kebimbangan identitinya terdedah.

"Ini sangat penting sebab kadang-kadang agensi penguatkuasaan itu ada masalahnya tersendiri, misalnya ada isu ketidakkeyakinan atau wujud konflik kepentingan kepada jenayah berlaku dan sebagainya.

"Jadi pindaan ini adalah sangat penting supaya Seksyen 6 diperbaiki dan Akta 711 tidak menjadi lemah serta tidak kurang penting berbanding Akta Rahsia Rasmi," katanya.

Cynthia berkata, pindaan akta berkenaan signifikan kerana ia mampu menjadi alat dan institusi penting untuk menggalakkan orang awam melaporkan dan mencegah sebarang salah laku rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berlaku di sekitar mereka pada masa depan.

Sebelum ini media melaporkan KRPPM-IGAR mendesak kerajaan supaya mempercepatkan proses pindaan terhadap Akta 711 bagi memperkukuhkan dan mewujudkan rangka kerja undang-undang yang menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti.

KRPPM - IGAR menerusi satu kenyataan bersama menegaskan, pindaan tersebut penting dalam menangani kelemahan dan percanggahan undang-undang yang menghalang keberkesanan akta tersebut.

Terdahulu, Transparency International Malaysia, Rasuah Busters dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) menerusi kenyataan bersama menyentuh pelbagai isu berkaitan kelemahan Akta 711.

Artikel Berkaitan:

Antara kelemahan utama akta tersebut termasuklah kekaburan pada Seksyen 6 yang perlu dihapuskan dan dipinda.

Pindaan yang dicadangkan ialah meminda Seksyen 11(1)(a) kerana ia secara tidak adil mewajibkan pembatalan perlindungan jika pemberi maklumat didapati terlibat dalam salah laku yang dilaporkan tanpa mengambil kira keadaan di mana mereka bertindak dengan niat baik atau menunjukkan penyesalan yang ikhlas.

Selain itu, Seksyen 11(1)(a) secara tidak adil mewajibkan pembatalan perlindungan jika pemberi maklumat didapati terlibat dalam salah laku yang dilaporkan, tanpa mengambil kira keadaan di mana mereka bertindak dengan niat baik atau menunjukkan penyesalan yang ikhlas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!