9 pelajar hilang, mayat dicampak tepi jalan rupanya dibunuh kumpulan gengster

A
A
A

MEXICO – Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya Mexico mendedahkan bahawa punca kematian sembilan pelajar yang dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai akibat dibunuh oleh sebuah kumpulan gengster.

Beliau yang tidak mendedahkan namanya itu dalam satu kenyataan kepada DailyMail.com pada Khamis, menyatakan bahawa ahli kumpulan Los Brujos, yang dikenali sebagai José 'EL Jocha' Lavariega telah menjemput kesemua mangsa sebelum kejadian pembunuhan berlaku.

Sembilan pelajar yang dilaporkan hilang dipercayai akibat dibunuh oleh sebuah kumpulan gengster.
Sembilan pelajar yang dilaporkan hilang dipercayai akibat dibunuh oleh sebuah kumpulan gengster.

Menurut laporan portal tersebut, selepas kesemua mangsa menyertai kumpulan itu, mereka diberikan kebenaran untuk melakukan jenayah di Oaxaca.

Kumpulan pelajar dari Tlaxcala, yang terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita akhirnya memulakan satu siri rompakan dan kecurian.

Satu nota ditinggalkan dalam Bahasa Sepanyol yang berbunyi 'Inilah yang anda dapat kerana menjadi pencuri'.
Satu nota ditinggalkan dalam Bahasa Sepanyol yang berbunyi 'Inilah yang anda dapat kerana menjadi pencuri'.

Namun, tindakan mereka tidak diterima baik oleh salah satu kumpulan jenayah yang terlibat dalam pengedaran dadah yang beroperasi di Oaxaca kerana mereka telah melampaui batas dengan aktiviti yang mengancam di wilayah pesaing. Akhirnya, mereka dibunuh.

Mexico sebelum ini dikejutkan dengan laporan bahawa mayat sembilan pelajar yang dilaporkan hilang semasa bercuti di selatan Mexico bulan lalu telah ditemui dalam keadaan menyayat hati di tepi sebuah lebuh raya tempatan di Oaxaca baru-baru ini.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Mayat sembilan pelajar yang dilaporkan hilang semasa bercuti di selatan Mexico bulan lalu telah ditemui dalam keadaan menyayat hati di tepi sebuah lebuh raya tempatan di Oaxaca baru-baru ini
Mayat sembilan pelajar yang dilaporkan hilang semasa bercuti di selatan Mexico bulan lalu telah ditemui dalam keadaan menyayat hati di tepi sebuah lebuh raya tempatan di Oaxaca baru-baru ini

Ketua sebuah kartel, yang didakwa menjemput mangsa untuk meluangkan masa di Oaxaca – di mana mereka memutuskan untuk melakukan siri rompakan.
Ketua sebuah kartel, yang didakwa menjemput mangsa untuk meluangkan masa di Oaxaca – di mana mereka memutuskan untuk melakukan siri rompakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!