[VIDEO] Pengantin perempuan pakai sari tunggang motor Kawasaki

Gambar kiri: Pengiring pengantin juga menunggang motosikal sebagai tanda sokongan buat pengantin perempuan. - Foto Facebook Venga Das Gambar kanan: Pengiring pengantin juga menunggang motosikal sebagai tanda sokongan buat pengantin perempuan. - Foto Facebook Venga Das
Gambar kiri: Pengiring pengantin juga menunggang motosikal sebagai tanda sokongan buat pengantin perempuan. - Foto Facebook Venga Das Gambar kanan: Pengiring pengantin juga menunggang motosikal sebagai tanda sokongan buat pengantin perempuan. - Foto Facebook Venga Das
A
A
A

SINGAPURA - Mahu mencipta kelainan dalam meraikan majlis perkahwinan, seorang pengantin perempuan mendapat perhatian apabila dia menyertai konvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki dengan memakai sari.

Momen indah itu dikongsi di akaun Facebook Venga Das memaparkan pengantin tersebut memakai sari berwarna merah jambu dilihat mengetuai konvoi motosikal tersebut.

Pengantin itu juga lengkap berpakaian dan memakai perhiasan pengantin.

Kira-kira 20 buah motosikal mengekorinya dari belakang dan lebih menariknya, lima wanita dipercayai pengiring pengantin turut menunggang motosikal.

Video berdurasi 1 minit 7 saat itu menarik perhatian ramai yang terpegun melihat pengantin perempuan menunggang motosikal secara sendirian untuk ke majlisnya.

Bagaimanapun terdapat beberapa netizen mempertikaikan bagaimana mereka memakai sari sambil menunggang motosikal yang disifatkan kurang sesuai.

Kata Shamimi, "Power betul pengantin ni, ini memang betul rare."

Ujar Zoro pula, "Mungkin pengantin ini memang hobinya adalah menunggang motosikal berkuasa tinggi dan mahu kelainan, dia tunggang motosikal ini, hebat!"

Artikel Berkaitan:

Only in Singapore.Wedding.. first bike is the BRIDE...ponnu

Posted by Venga Das on Sunday, February 23, 2020