Iftar Ala Madinah dinantikan setiap tahun

Muhammad Ikmal Azman bersama isteri dan anaknya teruja dapat berbuka puasa bersama-sama.
Muhammad Ikmal Azman bersama isteri dan anaknya teruja dapat berbuka puasa bersama-sama.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengunjung tidak pernah melepaskan peluang menyertai Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf setiap tahun kerana suasananya yang meriah serta menawarkan pelbagai hidangan berbuka puasa secara percuma.

Penolong Pegawai Penerangan, Muhammad Ikmal Azman, 34, berkata, ia merupakan program berbuka puasa yang sentiasa dinanti-nantikan oleh dia sekeluarga pada setiap tahun.

“Tahun lepas hampir setiap hari saya datang untuk berbuka puasa di sini. Saya amat teruja apabila program ini dianjurkan semula dan berusaha mendapatkan tempat untuk turut serta.

“Biarpun saya ingin hadir setiap hari untuk tahun ini, saya hanya berjaya mendapat tempat untuk satu hari pada minggu pertama program disebabkan sambutan luar biasa,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Hafizah Hamzah, 34, berkata, pengalaman berbuka dalam suasana terbuka dengan konsep sebenar ala Madinah menjadikannya lebih istimewa.

“Ini kali pertama saya menyertai Iftar Ala Madinah bersama anak. Saya tahu mengenai program ini sejak tahun lalu tetapi tidak berkesempatan untuk datang.

“Paling seronok apabila program ini menyediakan makanan percuma. Ini sangat bermanfaat bagi mereka yang sedang berjimat-cermat.

“Saya bercadang untuk datang lagi dan akan mengesyorkan kepada keluarga dan rakan- rakan lain,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!