Sultan Selangor rasmi masjid, berbuka puasa bersama rakyat

Sultan Sharafuddin menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada salah seorang penerima pada Majlis Perasmian Masjid Tali Air 8 Sungai Leman dan Berbuka Puasa pada Rabu.
Sultan Sharafuddin menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada salah seorang penerima pada Majlis Perasmian Masjid Tali Air 8 Sungai Leman dan Berbuka Puasa pada Rabu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Tali Air 8 Sungai Leman, Sekinchan di sini pada Rabu.

Ketibaan baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah; Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 485 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin dan mualaf bagi daerah itu dengan jumlah keseluruhan RM242,500.

Sultan Selangor (dua kiri) mengaminkan doa selepas menandatangani plak perasmian Masjid Tali Air 8 Sungai Leman pada Rabu.
Sultan Selangor (dua kiri) mengaminkan doa selepas menandatangani plak perasmian Masjid Tali Air 8 Sungai Leman pada Rabu.

Baginda berkenan melafazkan titah perasmian Masjid Tali Air 8 Sungai Leman sebelum menandatangani plak perasmian bagi menyempurnakan acara itu.

Masjid Tali Air 8 sebelum ini dikenali sebagai Masjid Kampung Seri Kedah mendapat sentuhan pembaikan pada tahun 2013 dengan dana berjumlah RM1.8 juta daripada kerajaan negeri dan Pejabat Pembangunan Persekutuan.

Pembinaan masjid yang mampu memuatkan sehingga 500 jemaah dalam satu-satu masa itu siap pada 2016 dan mula beroperasi pada Jun tahun sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!