UMNO Terengganu ziarah bekas pengamal media uzur

Rozi (tengah) melawat Azlan dan keluarganya di kediaman dekat Pangsapuri Ladang Tok Pelam.
Rozi (tengah) melawat Azlan dan keluarganya di kediaman dekat Pangsapuri Ladang Tok Pelam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Nasib dua bekas pengamal media yang kini diuji dengan masalah kesihatan terus mendapat perhatian Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) menerusi program Ziarah Kasih Ramadan.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat telah menziarahi bekas jurugambar Utusan Malaysia iaitu Azlan Bahrum, 41, dan bekas jurukamera RTM, Asmara Mat Hassan, 63, di kediaman masing-masing di sini pada Rabu.

Azlan kini terlantar sakit di rumahnya dekat Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini akibat penyakit gout yang kronik.

Azlan semakin kritikal sejak lima tahun lalu akibat penyakit gout kronik yang dihidapi sehingga menyebabkan dia tidak lagi mampu bekerja kerana semua sendinya bengkak akibat lebihan asid urik.

Rozi (kanan) melawat Asmara (kiri) di kediamannya.
Rozi (kanan) melawat Asmara (kiri) di kediamannya.

Selain itu, Asmara pula menghidap penyakit buah pinggang dan angin ahmar.

Sementara itu, Rozi berkata, program Ziarah Kasih Ramadan itu merupakan rutin tahunan UMNO Terengganu bagi menyantuni rakyat jelata di seluruh negeri serta membantu meringankan beban mereka.

"Saya dapat tahu tahap kesihatan Azlan dan Asmara masih tidak memuaskan maka saya ambil kesempatan untuk ziarah mereka berdua.

Artikel Berkaitan:

Rozi (dua dari kanan) ketika melawat Asmara menerusi program Ziarah Kasih Ramadan.
Rozi (dua dari kanan) ketika melawat Asmara menerusi program Ziarah Kasih Ramadan.

"UMNO Terengganu sangat mengambil berat aspek kebajikan pengamal media kerana mereka bukan membantu UMNO sahaja malah sumbangan yang diberi sangat besar ertinya untuk agama, bangsa dan negara.

"Jadi saya berharap mereka berdua terus tabah dengan ujian kesihatan ini dan bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga sebaiknya," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, isteri Azlan iaitu Norhaspida Yatim, 39, berkata, kunjungan UMNO Terengganu itu dapat meningkatkan motivasi mereka sekeluarga untuk terus kuat dan tabah menghadapi ijian yang dihadapi.

Norhaspida berkata, dia dan tiga anaknya iaitu Muhammad Aqif Rayyan, 12; Awatif Nur Adawiyah, 11, dan Awfiyah Nur Umairah, 9, sentiasa berharap kesembuhan Azlan.

"Kami berharap dia akan pulih seperti dahulu. Harapan tetap ada dan paling penting kami terus berikhtiar mencari penawar dan mendapatkan rawatan yang sesuai," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!