Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas

Seorang juruterbang maut selepas pesawat kendaliannya terhempas di bandar Plettenberg, Jerman.
Seorang juruterbang maut selepas pesawat kendaliannya terhempas di bandar Plettenberg, Jerman.
A
A
A
DORTMUND - Seorang juruterbang maut selepas pesawat kendaliannya terhempas di bandar Plettenberg, Jerman pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Jurucakap polis berkata, pesawat ringan itu terhempas di taman sebuah rumah kediaman sekitar 4.42 petang waktu tempatan dan punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

Bangkai pesawat ditemukan di celah pokok dalam kawasan semak.

Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat Persekutuan kini mengambil alih siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pendaftaran pesawat belum diperoleh. Berdasarkan siasatan awal, tiada mangsa lain yang terlibat dalam nahas itu.
Artikel Berkaitan:


Sebuah helikopter turut digunakan untuk mendokumentasikan lokasi nahas dari udara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!