Anak Baddrol Bakhtiar meninggal dunia

A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Anak kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar dilaporkan meninggal dunia pagi Rabu.

Beliau yang juga merupakan bekas pemain bola sepak profesional berkata, anak bongsu, Muhammad Darwisy, 12 bulan, mempunyai masalah kesihatan berkaitan jantung dan paru-paru menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka di Resort Homes Cinta Sayang di sini lebih kurang pukul 3.15 pagi tadi.

Baddrol yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) berkata, kejadian disedari isteri Nur Izyan Mustafa Khalid, 37, ketika mahu memberi susu kepada anak bongsu kembar itu.

"Isteri saya terkejut mendapati mukanya berubah dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Saya kemudian menghubungi ambulans sebelum disahkan anak sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba selepas itu," katanya ketika ditemui di HSAH.

Katanya, Muhammad Darwisy yang mempunyai masalah jantung sejak lahir merupakan kembar kepada Dhiya Dinara.

Nur Izyan (kanan) dan ahli keluarga ketika ditemui di HSAH pada Rabu.
Nur Izyan (kanan) dan ahli keluarga ketika ditemui di HSAH pada Rabu.

Setakat ini, jenazah masih di HSAH untuk proses mandi dan dikapankan.

Sebaik selesai, jenazah Muhammad Darwisy akan dibawa ke Masjid Al-Muttaqin Taman Ria untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria untuk dikebumikan.

Artikel Berkaitan:

Baddrol dan isteri mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Dhiya Daniya, 4, dan Dhiya Delisha, 9.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!