Sekolah buang cermin di tandas, dakwa pelajar habiskan masa terlalu lama

Sebuah sekolah mengambil langkah drastik dengan membuang semua cermin di tandas bagi mengelakkan pelajar menghabiskan masa terlalu lama di tempat tersebut.
Sebuah sekolah mengambil langkah drastik dengan membuang semua cermin di tandas bagi mengelakkan pelajar menghabiskan masa terlalu lama di tempat tersebut.
A
A
A

LONDON – Sebuah sekolah di England mengambil langkah drastik dengan membuang semua cermin di tandas bagi mengelakkan pelajar menghabiskan masa terlalu lama di tempat tersebut.

Pengetua William Farr Comprehensive di Welton, Grant Edgar berkata, cermin di tandas menyebabkan pelajar berkumpul dan menghabiskan masa secara berlebihan sekali gus menjejaskan kehadiran ke kelas.

“Cermin boleh menggalakkan pelajar untuk berlama-lama di tandas, selalunya dalam kumpulan besar yang boleh menyebabkan sesetengah pelajar lain rasa tidak selesa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pelajar yang memerlukan cermin atas tujuan perubatan boleh memintanya di kaunter tetamu.

Cermin menyebabkan pelajar habiskan masa lama di tandas
Cermin menyebabkan pelajar habiskan masa lama di tandas

Tindakan sekolah itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada ibu bapa yang menyifatkannya sebagai melampau, aneh dan tidak masuk akal.

Langkah membuang cermin di tandas sekolah bukan perkara baharu memandangkan pada Januari 2024, sebuah sekolah di North Carolina, Amerika Syarikat turut mengambil tindakan sama selepas mendapati ramai pelajar menggunakan masa di tandas untuk merakam video TikTok.

Sementara itu, pada 2023, Kolej Bahasa Christopher Whitehead di Worcester menggantikan cermin di tandas pelajar perempuan dengan poster yang menggambarkan alat solek sebagai dadah berbahaya.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!