DAP Perak akan bertindak ikut Perlembagaan

Nga Kor Ming
Nga Kor Ming
A
A
A

IPOH - DAP Perak akan bertindak mengikut Perlembagaan dalam usaha memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus kekal.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, semua pihak perlu menghormati kedaulatan undang-undang dalam menghadapi kemelut politik yang sedang berlaku.

"Dalam apa juga keadaan, DAP bertindak mengikut keluhuran Perlembagaan serta menghormati kedaulatan undang-undang," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, keutamaan kini adalah kepentingan rakyat yang telah memberi kuasa pentadbiran kepada Pakatan Harapan (PH).

"Kerajaan Perak masih kekal pada hari ini dan kita akan terus mengutamakan kepentingan rakyat," katanya.

Semalam, Muafakat Nasional Perak menggesa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuktikan beliau memiliki majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang cukup untuk kekal sebagai Menteri Besar.

Susulan itu, seramai enam ADUN Amanah sudah menyatakan sokongan penuh mengekalkan Ahmad Faizal daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memastikan kerajaan Perak kekal seperti sedia ada.

Perak antara negeri yang terkesan dengan keputusan Bersatu keluar daripada PH apabila kehilangan majoriti daripada 30 kepada 28 kerusi.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai 25 kerusi, Pas (3) sementara Bebas (1).