Langsungkan perkahwinan pada hari pertama Ramadan

Pasangan ini tetap melangsungkan perkahwinan mengikut adat Jawa pada hari pertama puasa.
Pasangan ini tetap melangsungkan perkahwinan mengikut adat Jawa pada hari pertama puasa.
A
A
A

JAKARTA - Sepasang pengantin tular selepas melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada hari pertama Ramadan.

Portal tempatan melaporkan, perkahwinan itu tetap dilakukan bagi mengikut tradisi kiraan weton dalam budaya Jawa, yang secara kebetulan jatuh pada hari pertama puasa.

Menurut individu yang berkongsi tentang majlis berkenaan, Desta Prayoga berkata, dia telah memberitahu pengantin mengenai tarikh perkahwinan yang jatuh pada awal Ramadan.

"Akad nikah dan resepsi diadakan pada hari pertama puasa, iaitu 1 Mac 2025. Sebenarnya, sejak awal tempahan dibuat, saya sudah mengingatkan bahawa 1 Mac adalah awal Ramadan. Namun, kerana mengikut kiraan hari baik (weton Jawa), majlis tetap diteruskan," kata Prayoga kepada Wolipop.

Tambahnya lagi, perkahwinan pasangan Rifa dan Fita itu berlangsung di Banjarnegara, Jawa Tengah, mengikut adat Solo Muslim.

Dalam pada itu dia turut mendedahkan bahawa keluarga pengantin tetap menjalani ibadah puasa, dan tiada hidangan makanan disediakan sepanjang majlis berlangsung.

"Alhamdulillah, keluarga pengantin tetap berpuasa, tetamu ramai, tetapi tiada hidangan makanan disediakan memandangkan ia hari pertama puasa. Sebaliknya, hanya diberikan hadiah dan nasi kotak untuk dibawa pulang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!