Kerajaan sepatutnya galak dialog terbuka, bukan sekat suara - Gerakan

Boon Shian
Boon Shian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) membantah tindakan melarang penjawat awam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan imej kerajaan atau mengkritik dasar-dasar dilaksanakan.

Parti itu menyifatkan larangan tersebut sebagai satu bentuk sekatan terhadap kebebasan bersuara yang sepatutnya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan, Lee Boon Shian menegaskan, penjawat awam bukan hanya berkhidmat untuk kerajaan, tetapi juga sebahagian daripada rakyat yang berhak menyuarakan pandangan mereka.

“Dalam negara demokrasi, kebebasan bersuara adalah hak asas setiap rakyat, termasuk penjawat awam.

"Kritikan terhadap dasar kerajaan tidak seharusnya dianggap sebagai serangan, sebaliknya sebagai saranan untuk memperbaiki pentadbiran,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau juga menekankan bahawa pandangan dan cadangan disampaikan melalui saluran yang betul boleh membantu kerajaan meningkatkan kecekapan pentadbiran.

Justeru katanya, kerajaan sepatutnya menggalakkan dialog terbuka daripada penjawat awam dan bukan menyekat suara mereka.

Tambah beliau, Gerakan bersama kumpulan pejuang kebebasan bersuara menggesa kerajaan untuk mengkaji semula larangan ini demi memastikan tadbir urus yang lebih telus dan demokrasi yang lebih matang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!