Tiga anggota polis cedera dalam serangan balai polis di Pakistan

Beberapa penyerang yang tidak dikenali telah membaling bahan letupan jenis mercun ke arah stesen polis tersebut dan melarikan diri dari tempat kejadian. Foto hiasan 123RF
Beberapa penyerang yang tidak dikenali telah membaling bahan letupan jenis mercun ke arah stesen polis tersebut dan melarikan diri dari tempat kejadian. Foto hiasan 123RF
A
A
A

ISLAMABAD - Tiga anggota polis cedera dalam serangan di sebuah stesen polis di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi pada Sabtu, kata pegawai, lapor Xinhua.

Beberapa penyerang yang tidak dikenali telah membaling bahan letupan jenis mercun ke arah stesen polis tersebut dan melarikan diri dari tempat kejadian, menurut sumber dari polis Karachi kepada Xinhua.

Peranti tersebut mendarat di dalam kawasan premis, menyebabkan kecederaan kepada anggota polis dan merosakkan beberapa kenderaan yang diletakkan di situ.

Anggota yang cedera telah dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan perubatan.

Pihak berkuasa telah memanggil pasukan pemusnah bom untuk menilai keadaan, sementara pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu dan memulakan siasatan untuk mengesan pelaku serangan.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!