16 pegawai, anggota polis dibuang kerja

Azri (tengah) bergambar bersama Md Nazri (kiri) dan Dzulkhairi selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka di IPK Melaka, Bukit Beruang pada Jumaat.
Azri (tengah) bergambar bersama Md Nazri (kiri) dan Dzulkhairi selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka di IPK Melaka, Bukit Beruang pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman merekodkan seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja dalam tempoh Januari lalu.

Pengarahnya, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, daripada jumlah itu, empat membabitkan pegawai kanan polis berpangkat inspektor manakala 12 yang lain merupakan anggota berpangkat rendah.

Menurutnya, berdasarkan data, mereka yang dibuang itu kebanyakan terlibat dalam kes narkotik sama ada memiliki atau mengambil dadah selain telah dituduh serta disabitkan bersalah di mahkamah.

"Empat (individu) ini memang telah dibawa ke Lembaga Tata Tertib Bukit Aman untuk diputuskan apa yang perlu dilakukan melalui sabitan mahkamah.

"Mereka akan menjalani proses tata tertib dan selalunya berakhir dengan buang kerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, di sini pada Jumaat.

Majlis yang diadakan dewan auditorium itu berlangsung antara pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi kepada Ketua Lesen Pasukan, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN)(Lesen Senjata Api) Bukit Aman, Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

Sementara itu, Dzulkhairi yang pernah bertugas di Melaka pada tahun 2013 mahu memastikan masalah aliran trafik yang sesak di negeri dapat dikurangkan.

"Ini akan memberi keselesaan kepada pelancong serta pengunjung yang datang ke Melaka.

Artikel Berkaitan:

"Paling penting keselamatan mereka terjamin dan saya akan berusaha untuk menurunkan rasa 'fear factor' dalam kalangan pelancong supaya tidak ragu-ragu sekiranya keluar seorang diri pada waktu malam," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!