Festival KenDuren Wonosalam, 'tumpeng' durian percuma

Suasana festival berkenaan yang diadakan pada 11 Februari 2018 lalu menarik ribuan pengunjung.
Suasana festival berkenaan yang diadakan pada 11 Februari 2018 lalu menarik ribuan pengunjung.
A
A
A

JOMBANG - Ribuan penduduk dan pelancong dari pelbagai daerah memenuhi Lapangan Wonosalam, Jombang pada Ahad lalu untuk memeriahkan Festival KenDuren Wonosalam 2025 yang merupakan acara tahunan.

Acara ini menarik perhatian pencinta durian yang ingin merasai tradisi unik berebut durian dari 'tumpeng' binaan gergasi yang dibuat daripada 2,025 buah durian.

Festival tahun ini menampilkan binaan durian yang tinggi hampir 7 meter, berisi lebih daripada 2,025 durian asli dari Wonosalam yang terkenal dengan rasa manis dan bau yang harum.

'Tumpeng' tersebut menjadi daya tarikan utama pada acara itu, di mana para pengunjung seronok berebut-rebut untuk mendapatkan durian tersebut.

Peserta berarak dengan membawa perahu hiasan yang dihiasi durian dan buah-buahan lain semasa festival berkenaan pada Ahad.
Peserta berarak dengan membawa perahu hiasan yang dihiasi durian dan buah-buahan lain semasa festival berkenaan pada Ahad.

Warga tempatan dan pelancong dari luar daerah seperti Surabaya, Sidoarjo, malah dari luar provinsi turut hadir untuk merasai durian Wonosalam secara percuma.

Salah seorang pengunjung, Aswiyanto, yang datang bersama keluarganya dari Madura berkata, kehadirannya pada Ahad adalah kali pertama dia menyertai festival berkenaan.

“Selain durian yang terkenal dengan rasanya yang enak, festival ini juga menampilkan acara hiburan yang sangat menarik,” katanya lapor Times Indonesia.

Dalam pada itu Timbalan Bupati Jombang, KH Salmanuddin Yazid, yang turut hadir di lokasi berkata, Festival KenDuren bukan sahaja bertujuan untuk menarik pelancong, tetapi juga untuk mempromosikan potensi pertanian Wonosalam, terutamanya durian yang menjadi komoditi unggul di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Anggota tentera Indonesia bersedia untuk mengagihkan durian, yang dianggap sebagai 'raja buah' oleh penggemarnya, semasa festival berkenaan yang diadakan di Jombang, Jawa Timur pada 3 Mac 2019.
Anggota tentera Indonesia bersedia untuk mengagihkan durian, yang dianggap sebagai 'raja buah' oleh penggemarnya, semasa festival berkenaan yang diadakan di Jombang, Jawa Timur pada 3 Mac 2019.

“Festival ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Wonosalam sebagai pusat durian di Jawa Timur.

“Saya berharap Festival KenDuren Wonosalam dapat terus menjadi agenda tahunan yang dapat mengangkat potensi pelancongan dan ekonomi penduduk setempat di samping melestarikan tradisi dan budaya lokal,” ujarnya. - Agensi

Pengunjung membawa pulang durian dan nenas semasa berakhirnya festival berkenaan.
Pengunjung membawa pulang durian dan nenas semasa berakhirnya festival berkenaan.

Info

Kenduren Wonosalam adalah acara tahunan yang diadakan di Kecamatan Wonosalam, Kabupaten Jombang, Jawa Timur, Indonesia. Acara ini bertujuan untuk merayakan hasil bumi, khususnya durian, dan menjadi daya tarikan bagi pelancong.

Sejarah, tujuan festival

Kenduren Wonosalam telah menjadi tradisi sejak tahun 2012. Acara ini tidak hanya sebagai bentuk rasa syukur atas limpahan hasil bumi, tetapi juga sebagai upaya untuk memperkenalkan potensi daerah kepada masyarakat luar.

Rangkaian AcaraFestival ini berlangsung setiap tahun, dengan acara puncaknya biasanya diadakan pada akhir Februari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!