McDonald's Malaysia buka tirai Program Kongsi Rezeki Ramadan

McDonald’s Malaysia membuka tirai Program Kongsi Rezeki Ramadan di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Kuantan.
McDonald’s Malaysia membuka tirai Program Kongsi Rezeki Ramadan di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Kuantan.
A
A
A

KUANTAN- McDonald’s Malaysia memulakan Program Kongsi Rezeki Ramadan untukmengimarahkan ibadah puasa dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di masjid dan surau seluruh negara, pada Ahad lalu.

Aktiviti utama yang dilaksanalah ialah memasak dan mengedarkan bubur lambuk, menyampaikan Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian kepada komuniti yang memerlukan.

McDonald’s juga menaja juadah moreh kepada jemaah selepas solat tarawih yang telah menjadi sebahagian daripada komitmen McDonald’s Malaysia setiap Ramadan sejak tahun 2015.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, McDonald's Malaysia amat menantikan bulan Ramadan kerana ia memberi peluang untuk pihaknya menghargai masyarakat yang selama ini menyokong McDonald’s Malaysia.

“Di samping mendekati keluarga yang memerlukan, kami berharap agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka dalam menghayati ibadah pada bulan Ramadan.

McDonald’s Malaysia menerima kerjasama daripada Pusat Zakat Pahang, Alam Flora, dan Indah Water Konsortium serta penduduk setempat untuk bergotong royong membersihkan masjid dan kawasan sekitar.
McDonald’s Malaysia menerima kerjasama daripada Pusat Zakat Pahang, Alam Flora, dan Indah Water Konsortium serta penduduk setempat untuk bergotong royong membersihkan masjid dan kawasan sekitar.

“Lebih istimewa, usaha-usaha ini adalah satu bentuk ibadah yang sangat dituntut dan tiada yang lebih membahagiakan selain melihat senyuman terukir di wajah mereka apabila disantuni.

“Selepas 11 tahun menganjurkan inisiatif ini di setiap Ramadan, kami berhasrat menggandakan usaha melalui aktiviti yang mengeratkan silaturahim dan mengimarahkan majlis ilmu supaya ia memberi impak yang lebih positif. Pada masa yang sama, kami akan meneruskan sumbangan moreh di masjid dan surau,” katanya.

Beliau berkata, bagi menyemarakkan sambutan itu bersama komuniti setempat, McDonald’s Malaysia memilih empat lokasi sebagai tumpuan utama untuk mengadakan majlis ilmu dan berbuka puasa dimulakan dengan Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Kuantan.

Artikel Berkaitan:

“Ia akan disusuli di tiga lokasi lain iaitu di Shah Alam dan Datuk Keramat serta sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang akan berlangsung pada Ramadan nanti,” katanya.

Bersihkan masjid

Lebih 100 sukarelawan menyertai aktiviti bergotong-royong di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Kuantan.
Lebih 100 sukarelawan menyertai aktiviti bergotong-royong di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Kuantan.



Dalam majlis itu, McDonald’s Malaysia bersama rakan kerjasama daripada Pusat Zakat Pahang, Alam Flora dan Indah Water Konsortium serta komuniti setempat telah berganding bahu bergotong-royong membersihkan masjid dan kawasan sekitar untuk menyambut kehadiran jemaah beribadah nanti.

Menurut Azmir, usaha itu akan diperluaskan melibatkan 50 masjid dan surau lain sebelum memasuki bulan Ramadan.

McDonald’s Malaysia turut menyampaikan sumbangan Kotak Rezeki kepada komuniti Kampung Peramu serta menganjurkan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin.

McDonald’s Malaysia turut menganjurkan majlis ilmu untuk komuniti setempat dan memperluaskan inisiatif ini ke tiga lagi lokasi yang akan menjadi tumpuan utama sepanjang Ramadan ini.
McDonald’s Malaysia turut menganjurkan majlis ilmu untuk komuniti setempat dan memperluaskan inisiatif ini ke tiga lagi lokasi yang akan menjadi tumpuan utama sepanjang Ramadan ini.

Azmir berkata, kemeriahan itu akan disusuli dengan satu lagi lokasi yang bakal dimeriahkan McDonald’s Malaysia iaitu Pesta Pelita Panjut di Kuala Kangsar pada 25 Mac 2025 bagi meraikan dan menyerlahkan tradisi unik masyarakat setempat dalam menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfi tri.

“Sebagai tanda sokongan, 22 restoran McDonald’s Malaysia terpilih akan dihiasi dengan lampu 'lip lap' sempena pesta tersebut,” katanya.

Beliau berkata, syarikat milik 100 peratus orang Islam itu akan mengunjungi kira-kira 400 masjid dan surau untuk menyambut kemeriahan bulan yang mulia itu dengan aktivitiaktiviti kemasyarakatan melalui lebih 370 rangkaian restorannya di seluruh negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!