Sultan Nazrin zahir ucapan tahniah kepada KPKT

Sultan Nazrin berkenan menerima buku Kad Laporan KPKT Tahun 2024 yang dipersembahkan Kor Ming di Istana Perak, Changkat Persekutuan pada Khamis.
Sultan Nazrin berkenan menerima buku Kad Laporan KPKT Tahun 2024 yang dipersembahkan Kor Ming di Istana Perak, Changkat Persekutuan pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah berkenan menerima mengadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Istana Perak, Changkat Persekutuan di sini pada Khamis.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan memberitahu dalam pertemuan tersebut, Kor Ming telah menyembah maklum Kad Laporan KPKT Tahun 2024 yang menunjukkan siri kejayaan kementerian berkenaan serta agensi-agensi di bawahnya.

Menurut kenyataan tersebut, Sultan Nazrin turut menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada menteri serta seluruh warga KPKT atas prestasi cemerlang dan kejayaan yang dicapai, termasuk mengungguli Anugerah Pembangunan Negara buat kali pertama.

Pada masa sama, Kor Ming turut mempersembahkan cenderamata yang disediakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang melambangkan metamorfosis serta bermakna reformasi ke arah menjadi insan yang lebih baik.

Pada 2024, KPKT telah melaksanakan pelbagai projek untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat termasuk membaik pulih sebanyak 4,814 unit rumah serta membina 245 unit rumah baharu bagi golongan berpendapatan rendah dengan peruntukan berjumlah RM104.4 juta.

Sultan Nazrin turut berkenan menerima cenderahati daripada SWCorp yang dipersembahkan oleh Kor Ming di Istana Perak, Changkat Persekutuan pada Khamis.
Sultan Nazrin turut berkenan menerima cenderahati daripada SWCorp yang dipersembahkan oleh Kor Ming di Istana Perak, Changkat Persekutuan pada Khamis.

Selain itu, KPKT juga telah meluluskan pembinaan 7,243 unit MyKiosk di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dalam tempoh dua tahun bagi meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan ribuan usahawan mikro, kecil dan sederhana.

Setakat Disember 2024, KPKT telah berjaya memulihkan 927 projek atau 112,747 unit perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM92.48 bilion dalam tempoh dua tahun melalui Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!