Ada usaha mahu pecah belahkan UMNO: Annuar

Annuar memuat naik status di Twitter beliau hari ini.
Annuar memuat naik status di Twitter beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan semua ahli Parlimen UMNO dan Pas masih teguh bersama walaupun usaha untuk memecahbelahkan parti berkenaan sedang berjalan.

Dakwa beliau, ada pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan terhadap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah (Ahli Parlimen Gua Musang); Datuk Seri Najib Tun Razak (Ahli Parlimen Pekan) dan lain-lain lagi.

“Masih berjalan usaha cuba memecahbelahkan UMNO.

"Berani saya tegaskan, alhamdulillah semua kami MP (ahli Parlimen) UMNO dan BN teguh bersama, begitu juga UMNO dan Pas,” ciapnya di Twitter beliau hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, UMNO dan Pas reda meneruskan peranan mereka sebagai pembangkang walaupun Pakatan Harapan telah roboh.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, Pas tarik balik sokong PM, syor bubar Parlimen

Semalam, gabungan blok pembangkang mencapai kata sepakat bahawa Parlimen harus dibubarkan dan syor berkenaan telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Annuar berkata, syor berkenaan sebagai satu bentuk keadilan kepada sistem demokrasi dan mandat perlu dikembalikan semula kepada rakyat bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, persepakatan itu juga sebagai tanda mereka menolak penubuhan kerajaan perpaduan yang mungkin dibentuk Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri sementara.