Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini pagi tadi.
"Terdahulu, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri ke Hangar Penerbangan Diraja Brunei bersama Sultan Ibrahim,” menurut hantaran itu.
Semalam, dilaporkan lawatan khas Seri Paduka Baginda berkenaan mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dengan Brunei, yang telah terjalin lebih 40 tahun lepas. - Bernama - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
