Mydin tawar baju raya harga serendah RM30

Ameer (tengah) mengiringi Nicole meninjau set baju raya ditawarkan di Mydin.
Ameer (tengah) mengiringi Nicole meninjau set baju raya ditawarkan di Mydin.
A
A
A

MYDIN Mohamed Holdings Bhd (Mydin) kembali memeriahkan kedatangan Ramadan dan Syawal dengan mengadakan Kempen Excited Raya.

Kempen itu menawarkan penjimatan harga barangan keperluan raya serta pengisian program yang akan berlangsung sehingga 30 April depan.

Antara promosi ditawarkan ialah baju Melayu dewasa dan kanak-kanak dengan harga bermula RM30 sementara baju kurung kanak-kanak berharga RM39.90 manakala baju kurung dewasa RM59.90.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, penawaran harga rendah tersebut selari dengan matlamat pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan itu untuk memastikan semua golongan mampu membeli baju raya baharu.

Pertunjukan busana raya yang ditawarkan di Mydin dengan harga berpatutan.
Pertunjukan busana raya yang ditawarkan di Mydin dengan harga berpatutan.

"Ada yang tanya, kenapa baju raya Mydin murah sangat, berbanding jenama-jenama yang tengah viral sekarang.

"Itulah matlamat sebenar kami memastikan semua mampu membeli baju raya dengan kualiti setanding harga yang cukup berbaloi," katanya pada pelancaran kempen tersebut di Mydin Seremban 2 di sini pada Selasa.

Perasmiannya disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon.

Ameer berharap tawaran penjimatan Excited Raya itu dapat mengurangkan beban pengguna dan membolehkan masyarakat mengatur perbelanjaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita sedia maklum cabaran kewangan isi rumah terutamanya selepas musim persekolahan.

"Saya faham ada yang terpengaruh dengan artis dan pempengaruh namun dalam suasana sekarang, kita seharusnya menjadi pengguna bijak dan tidak terlebih belanja sehingga membazir bagi mengikut kehendak berbanding keperluan," jelasnya.

Pilihan baju wanita untuk Aidilfitri yang terdapat di Mydin.
Pilihan baju wanita untuk Aidilfitri yang terdapat di Mydin.

Menerusi kempen itu, Mydin turut meneruskan kerjasama dengan 53 rakan pembekal bagi mengumpul dana sasaran sebanyak RM300,000 melalui pembelian produk jenama terlibat.

Dana terkumpul tersebut akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan melalui program tanggungjawab sosial korporat tahunan Mydin Prihatin.

Mydin turut meneruskan kerjasama dengan Sinar Harian serta rakan pembekal dengan menganjurkan program Iftar Sinar Mydin 2025 di sembilan lokasi antaranya Mydin cawangan Subang Jaya (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan), MITC (Melaka), Mutiara Rini (Johor), Meru Raya (Perak), Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Jengka (Pahang), Tunjong (Kelantan) dan Petra Jaya (Sarawak).

Selain itu, bagi memberi penjimatan, pengguna e-dompet terlibat iaitu Atome, MYDINPay, MYDIN PayFlex dan Shopback berpeluang menikmati pulangan tunai sehingga RM150,000 dan diskaun bermula 21 Februari sehingga 30 Mac 2025.

Mydin turut berkolaborasi bersama Ambi Pur dan Febreze dengan menganjurkan peraduan ‘Balik Kampung Macam VIP’ di mana pelanggan yang membeli produk itu bernilai serendah RM20 di Mydin berpeluang memenangi perjalanan pulang ke kampung dengan kereta premium.

Peragaan baju kurung dan Melayu pada kempen Excited Raya di Mydin Seremban 2 pada Selasa.
Peragaan baju kurung dan Melayu pada kempen Excited Raya di Mydin Seremban 2 pada Selasa.

Turut berlangsung sepanjang Ramadan adalah kerjasama dengan rakan pembekal antaranya 100 Plus, Adabi, Bestari, Faiza, Gas Malaysia, Hayati, Jati, Kawan, Khalis, MyRasa dan Ramly untuk mengagihkan 45,000 bekas bubur lambuk di cawangan terlibat.

Mydin juga mengadakan bazar Ramadan dengan menyediakan pelbagai menu menarik termasuk menu Rahmah.

Lebih meriah, Mydin turut bekerjasama dengan Imran Bard untuk program 'memememasak' di platform YouTube pempengaruh itu yang akan bersiaran sebanyak 14 episod bermula 1 Mac ini.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi Mydin Malaysia, www.mydin.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!