Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Kempen Excited Raya oleh Mydin tawar persiapan raya mesra poket

01 Mac 2025 | VIDEO
A
A
A
Kempen Excited Raya diperkenalkan Mydin tahun ini tawar kelainan untuk umat Islam menyambut Ramadan dan Syawal pada harga kompetetif.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pelbagai promosi, program dan aktiviti sudah dirangka untuk pengunjung termasuk menyantuni golongan tidak berkemampuan.

Menerusi Mydin Prihatin, kira-kira 53 rakan pembekal bersedia untuk mengumpulkan dana sebanyak RM300,000 dalam menyediakan sumbangan dari segi kotak makanan, persiapan raya dan sebagainya.

Dalam pada itu, orang ramai turut dijemput berbuka puasa secara beramai-ramai yang turut diselitkan dengan aktiviti keagamaan seperti tazkirah sebelum berbuka sempena program Jelajah Iftar Sinar Mydin 2025 di sembilan cawangan Mydin.