'Kami berdoa Anwar dapat selesaikan konflik selatan Thailand'

Shafie. Anwar diharap mampu menyelesaikan konflik di Selatan Thailand yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
Shafie. Anwar diharap mampu menyelesaikan konflik di Selatan Thailand yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
A
A
A

NARATHIWAT, THAILAND - Masyarakat Islam di Selatan Thailand mendoakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar berjaya menyelesaikan konflik yang telah berlarutan sejak puluhan tahun lalu di wilayah tersebut.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Shafie Ibrahim, berkata pihaknya percaya bahawa konflik tersebut boleh diselesaikan melalui rundingan.

"Kami menaruh kepercayaan tinggi kepada Anwar dalam melaksanakan tugas ini.

"Jadi, kami berdoa agar beliau dapat menyelesaikan segala kekusutan ini. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Anwar melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat peribadi kepadanya yang akan mengetuai ASEAN sebagai pengerusi baharu tahun depan

Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia tidak akan membenarkan keganasan digunakan bagi menyelesaikan sebarang konflik di Selatan Thailand.

Selepas lebih 20 tahun berlalu, Thaksin akhirnya memohon maaf atas kematian puluhan penunjuk perasaan beragama Islam yang maut akibat sesak nafas dalam trak tentera di selatan negara itu.

Permohonan maaf tersebut dipercayai yang pertama dibuat secara terbuka berhubung kes yang dikenali sebagai Pembunuhan Beramai-ramai Tak Bai. Permohonan itu dibuat selepas tempoh had masa kes berakhir selama empat bulan, sekali gus menyebabkan tuduhan bunuh terhadap tujuh suspek digugurkan.

Tragedi tersebut telah lama menjadi simbol kekebalan pihak berkuasa di wilayah selatan Thailand, yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Artikel Berkaitan:

Wilayah berkenaan terus berdepan konflik antara pasukan keselamatan kerajaan dan kumpulan pemisah yang menuntut autonomi lebih besar bagi kawasan yang mempunyai budaya serta pegangan agama yang berbeza daripada negara majoriti penganut Buddha itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!