Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam - Anwar

Anwar Foto - fail Bernama
Anwar Foto - fail Bernama
A
A
A

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) akan mempercepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam, merangkumi aktiviti di sektor huluan dan hiliran, gas dan tenaga boleh baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, syarikat minyak kedua-dua negara ini sedang giat menggerakkan kerjasama dalam penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia dengan memfokuskan sektor tenaga boleh baharu.

"Inisiatif ini selari dengan aspirasi ASEAN Power Grid (APG) yang bertujuan memperkukuh keselamatan tenaga di rantau ASEAN melalui integrasi infrastruktur tenaga,” kata perdana menteri dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!