Mesyuarat Majlis Presiden PH berjalan lancar, kata Wan Azizah

Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berjalan lancar dan satu kenyataan akan dikeluarkan, kata Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.

"Alhamdulillah, satu kenyataan akan dikeluarkan. Saya tak tahu (berapa lama tempoh mesyuarat) saya datang lambat, saya tak ada outrider," katanya ringkas.

Terdahulu, Dr Wan Azizah tiba di kediaman beliau di Bukit Segambut kira-kira jam 8.20 malam secara berasingan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba 10 minit lebih awal.

Dalam perkembangan sama, Dr Wan Azizah turut menghargai kesudian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan kesihatan ibunya yang dirawat di hospital sejak Ahad.

"Mufti Wilayah Persekutuan kebetulan datang ziarah orang lain yang bersebelahan mak saya, turut doakan mak saya.. Saya berbesar hati," katanya.

Dr Wan Azizah keluar dari kediamannya di Bukit Segambut kira-kira jam 5.15 petang hari ini untuk melawat ibunya di hospital sebelum hadir mesyuarat.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Wan Azizah gugur

Artikel Berkaitan:

Wan Azizah pesan kepada media jaga diri kesihatan