Adly jumpa TYT esok

Adly ketika ditemui media di pekarangan Graha Amanah Bukit Katil di sini hari ini.
Adly ketika ditemui media di pekarangan Graha Amanah Bukit Katil di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Melaka masih berjalan seperti biasa setakat hari ini, kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Menurutnya, kerajaan negeri di Melaka masih kekal mentadbir dan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dijadualkan berlangsung esok.

"Esok saya akan jumpa Tuan Yang Terutama (TYT) bagi memaklumkan politik semasa dan perkembangan kerajaan negeri dan perjumpaan dengan TYT itu pun sebahagian daripada rutin setiap dua minggu saya.

"Pertemuan dengan wakil rakyat PH tadi saya juga meminta kesemua Exco dan wakil rakyat lain untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat seperti biasa," katanya ketika ditemui media di pekarangan Graha Amanah Bukit Katil di sini hari ini.

Menurutnya, program melibatkan wakil rakyat perlu diteruskan seperti biasa dan tidak dibatalkan kerana tanggungjawab kepada rakyat itu mesti diteruskan walau apa jua suasana politik

Dalam pada itu, Adly masih belum menerima sebarang keputusan berhubung pendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mewakili Bersatu.

Selain itu, Adli berkata, adalah perkara biasa apabila terdapat kakitangan di pejabat Exco mengemas barang.

"Orang nak kemas barang itu biasa supaya pejabat kemas," katanya mengulas laporan Sinar Harian berhubung terdapat kakitangan pejabat Exco mengemas pejabat.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Melaka enggan komen

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ADUN Gadek, G Saminathan yang baru dibebaskan daripada pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) mengesahkan berjumpa Adly untuk mengucapkan terima kasih.

"Ketua Menteri cadangkan saya berehat dahulu hari ini sebelum memulakan tugas seperti biasa esok, saya juga meminta maaf kepada pengundi selama ketiadaan saya," katanya kepada media hari ini.

G Saminathan
G Saminathan