Gerai makan di Taman Bukit Segar terbakar, tiada mangsa cedera

KUALA LUMPUR - Sebuah gerai makan di Taman Bukit Segar, di sini terbakar pada Isnin.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Mohd Faiz Zulhakim Mohammed Wadzir berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.19 pagi.

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Mohd Faiz Zulhakim berkata, pihaknya membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur dari jentera.
"Dapur gerai makan itu terbakar 40 peratus, tiada mangsa yang terlibat semasa kebakaran," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
