Pesakit semakin ramai, jururawat terpaksa bertugas dua syif

Persatuan Jururawat Islam Malaysia akui sebilangan jururawat negara ini memohon bersara awal selepas lebih 10 tahun berkhidmat dengan KKM. (Foto hiasan/123RF) Gambar kecil: Zamri Shahri
Persatuan Jururawat Islam Malaysia akui sebilangan jururawat negara ini memohon bersara awal selepas lebih 10 tahun berkhidmat dengan KKM. (Foto hiasan/123RF) Gambar kecil: Zamri Shahri
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM) mengakui sebilangan jururawat negara ini memohon bersara awal selepas lebih 10 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengerusinya, Zamri Shahri berkata, bebanan kerja semakin bertambah antara sebab kakitangan perubatan itu mengambil keputusan tersebut.

“Kita menerima aduan berhubung perkara tersebut termasuk sewaktu mengadakan perjumpaan dengan ahli. Kebanyakan mereka mengadu tekanan di tempat kerja akibat bilangan pesakit semakin ramai, sehingga ada yang terpaksa bertugas dua syif atau pada hari cuti,” katanya kepada Sinar Ahad.

Zamri berkata, trend bersara awal dalam kalangan jururawat tempatan boleh memberi kesan negatif kepada negara.

Diburukkan lagi apabila nisbah bilangan jururawat dan pesakit di negara ini masih belum mencapai saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Jadi, kerajaan perlu meningkatkan jumlah pengambilan jururawat baharu ke dalam sistem perkhidmatan kesihatan kerajaan sehingga mencapai tahap nisbah disarankan WHO,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!