Ismail Sabri dikejarkan ke hospital, kini dalam keadaan stabil

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pagi tadi.
Setiausaha Akhbar beliau, Azran Fitri Rahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Datuk Seri (Ismail) pengsan tidak sedarkan diri di rumah, kira-kira jam 2 pagi tadi dan beliau dikejarkan ke hospital swasta di Subang Jaya.
"Beliau kini dalam keadaan stabil dan mohon doakan daripada semua agar Datuk Seri cepat sembuh," katanya.
Sebelum ini media melaporkan bekas Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bera itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas pengsan dan tidak sedarkan diri di kediamannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
