Suspek cabul kanak-kanak di masjid miliki kad OKU sejak kecil - JKM

Lelaki berusia 19 tahun direman tujuh hari untuk siasatan kes cabul seorang budak perempuan di masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
Lelaki berusia 19 tahun direman tujuh hari untuk siasatan kes cabul seorang budak perempuan di masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, memiliki kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, pemeriksaan dan semakan mendapati individu terbabit mempunyai kad OKU sejak kecil lagi.

“Kita dapati dia (suspek) memang mempunyai kad OKU Learning Disability (masalah pembelajaran) sejak kecil lagi,” katanya pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan polis menunggu pengesahan JKM berhubung dakwaan suspek pemegang kad OKU.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya memerlukan pengesahan kad OKU daripada JKM terlebih dahulu untuk siasatan lanjut.

Lelaki berusia 19 tahun itu telah direman tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dalam kejadian pada Jumaat, Polis Hulu Selangor menerima laporan pada jam 8.19 pagi berhubung kejadian yang tular di media sosial itu, sebelum suspek ditahan pada hari yang sama di sekitar Batang Kali.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunaikan solat di saf belakang ruang solat wanita di masjid berkenaan.

Dalam kejadian itu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk seorang kanak-kanak yang sedang sujud dari arah belakang ketika jemaah lain sedang menunaikan solat Subuh.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan rakaman itu, lelaki terbabit mengangkat mangsa dan membawanya ke ruangan lain sebelum dipercayai dicabul.

Mangsa dapat melepaskan diri selepas bergelut dengan suspek.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!