'Siasat CCTV, bukti gambar cabul kanak-kanak perempuan di masjid'

Tular seorang lelaki yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam masjid di Batang Kali, pada Jumaat.
Tular seorang lelaki yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam masjid di Batang Kali, pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis diminta menjalankan tindakan segera terhadap kes cubaan merogol kanak-kanak perempuan semasa solat Subuh di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali yang tular di media sosial pada Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, pihaknya telah memanjangkan laporan itu kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan untuk membuat siasatan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukti gambar yang dibekalkan.

"Sekiranya benar, (saya meminta) agar tindakan segera terhadap pelaku ini diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohammad Fahmi memberitahu, tindakan untuk menghasilkan persepsi masjid sebagai tempat tidak selamat dan terdedah kepada perbuatan jenayah kepada masyarakat adalah suatu tindakan biadab dan tidak boleh diterima oleh umat Islam di negeri ini.

"Saya menyeru pengunjung masjid terus berwaspada dan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa sekiranya wujud cubaan-cubaan sebegini," tegas beliau.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan kejadian seorang lelaki yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam masjid di Batang Kali, pada Jumaat.

Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim berkata, siasatan sedang dijalankan susulan laporan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!