RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi

FAHMI
FAHMI
A
A
A

SHAH ALAM - Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas untuk diluluskan pada sidang Parlimen kali ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui jemaah menteri dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan membuat bacaan pertama dan memperincikan kedua-dua RUU berkenaan di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

"Jemaah Menteri turut bersetuju dan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bacaan kali kedua yang dijangka pada 4 Mac 2025.

"Langkah ini bukti itizam Kerajaan Madani terhadap usaha melaksanakan agenda reformasi serta memperkukuh institusi-institusi demokrasi dalam negara," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 merupakan langkah pertama mereformasi institusi dan penambahbaikan terhadap institusi demokrasi utama negara iaitu Parlimen.

RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Sementara itu RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menganggotai Majlis Parlimen tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!