Di mana Wan Nur Farahin?

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang sedang mencari seorang wanita bernama Wan Nur Farahin Wan Abdul Hamid berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang.
Difahamkan, wanita yang mempunyai ketinggian 160 sentimeter itu hilang sejak tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan agar menghubungi pihak polis.
“Mereka boleh menghubungi Sub Inspektor Mior Faizul Harim Osman di talian 019-4783122,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

