Kes budak dicabul: Masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan

Mohd Na'im
Mohd Na'im
A
A
A

SHAH ALAM - Insiden seorang kanak-kanak perempuan dicabul dalam sebuah masjid dekat Batang Kali, Hulu Selangor perlu dijadikan iktibar kepada pihak pengurusan rumah ibadat umat Islam itu untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di institusi tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, kejadian yang berlaku itu merupakan kes berunsur jenayah dan mesti dipandang serius.

Malah katanya, tindakan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Muhammad Fahmi Ngah yang memanjang perkara tersebut kepada pihak polis juga merupakan langkah tepat bagi membolehkan siasatan segera dilakukan.

"Semua pihak diseru agar bertenang dan menyerahkan perkara ini kepada tindakan pihak berkuasa.

"Saya berharap sekiranya suspek terbukti terlibat dengan perbuatan tersebut, maka tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa sebagai pengajaran kepada semua pihak," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim memaklumkan seorang remaja lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak dalam sebuah masjid dekat Batang Kali awal pagi ini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil berikutan pihaknya menerima laporan berhubung video yang tular kejadian itu di media sosial pada jam 8.19 pagi.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman sosial, kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada jam 6.41 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!